Jokowi

Jokowi
Mengisahkan cerita tentang ketabahan seorang anak laki laki yang berusaha untuk meneruskan hidup . Ketabahan seorang ayah yang mencari rezeki demi menyara nama anak dan isterinya . Bagi saya , cerita ini penuh dengan nilai nilai moral . Begitu banyak amalan mulia yang diterapkan . Seperti kita hendaklah sentiasa menghormati orang . Joko sangat menghormati orang . Dia juga sejak kecil faham untuk menghormati agama yang berlainan dari nya . Walaupun joko hidup susah tetapi dia tetap menolongnya . Kita juga dipupuk sifat agar sentiasa menolong orang . Cerita ini menonjolkan kemuliaan sifat orang yang suka menolong orang . Orang yang merendah diri . Seterusnya , tentang cinta , kata kata ayahnya melekat di dalam ingatan saya bahawa jika itu cinta sejati pasti tak akan pergi dari kita . Overall movie ni dapat mendidik diri kita jadi lebih baik . Kalau anda faham betul betul anda akan dapat rasa kesedihan seorang anak yang kehilangan ayah . Saat dia sudah berjaya mencari semula jam tangan ayah nya yang digadai , tiba tiba datang pula berita yang amat menyedihkan ni . Rasa macam hati ni terhiris hiris . Rasa macam x guna dah dapatkan balik jam tu . Tak dapat pun nak tunjuk kat ayah dia kan . Tapi joko still move on , and jadikan kata kata ayah dia sebagai azimat .

Saya sebenarnya memang suka movie indon yang memaparkan kehidupan biografi seseorang . Seronok dapat belajar dari kehidupan orang . Patutnya dorang buat cerita hamka laa . Hee .  Stay tune k

Ulasan