Hargailah

Hargailah dia semasa dia masih ada
Pandanglah wajah dia sepuas puasnya.

Gembirakanlah dia dengan kegembiraan yang sebenar benar nya

Jagalah hati dia

Jagalah makan minum dia

Jagalah nama dia

Jagalah kasih sayang ini

Mungkin aku terlewat

Terlewat untuk tatap dia puas puas
Terlewat untuk melihat dia bahagia
Terlewat untuk melihat senyuman yang terukir di bibirnya
Terlewat untuk menjaga hati dia
Terlewat untuk menjaga makan minum dia
Terlewat untuk menaikkan nama dia
Terlewatkah aku

Aku kini hanya boleh mengirimkan doa yang tulus saja dari hati ini

Terlambatkah aku untuk melihat dia senyum lagi , untuk melihat dia mengambil aku  , untuk mendengar dia memanggil nama aku lagi , untuk meluangkan masa bersama .

Bodohnya aku kerana tidak pernah merakamkan moment moment indah ini.

Aku tak sempat nak penuhkan memory aku dengan gambar dia .
Tak sempat menyimpan semua voice note dia . Tak sempat nak merakam semua aktiviti kita bersama .

Aku menyesal .

Ulasan