Anniversary mama and ayah

2014 , genap 20 tahun usia perkahwinan mama dan ayah.  Terima kasih allah sebab izinkan mereka bersama.  Terima kasih kerana beri peluang untuk kami sama sama merasai kasih sayang ini.  Terima kasih kerana jadikan pasangan suami isteri ini sentiasa bahagia, tanpa ada perselisihan.

Aku tak pernah tengok dorang gaduh.  Kalau boleh aku nak jadi macam mama and ayah. Dorang faham each other.  Dorang sentiasa for each other.  Komunikasi memang sangat penting.  And the best part mama selalu cium ayah before nak pergi kerja.  Sebaknya rasa.  Hmm mesti susah kan nak buang habit tu.  Setahun,  tak mudah tau nak lupakan dia.  Lagi lagi orang tu hari hari kita tengok hari hari kita sayang hari hari kita cium dia. 

Aku tahu mama mesti sedih,  sedih sangat.  Nak sambut anniversary dengan sape lagi. Dulu aku ingat lagi kita pernah celebrate sesama kat kampung.  Bahagianya masa tu.  Ya allah,  terima kasih sebab jadikan moment itu masih ada lagi di fikiran ini.  Sekarang.  Semoga allah sentiasa merahmati hidup ini.  Semoga allah akan sentiasa memberkati hari hari yang akan datang. 

Ulasan