Myogenic

So lama sangat tak tulis kann.  Rinduunya.
So dah nak akhir tahun dah, dan   pelbagai ranjau telah ditempuhi hahaha.

Sebenarnya tak sangka sangat sebab berjaya melalui kehidupan di matrik yang penuh mencabar.  Semoga sem depan ni aku akan lebih bersedia dan lebih rajin untuk mengecapi 4 flat.  Aku betul betul nak masuk usm.  Bantulah aku ya allah.  Aku betul betul berserah pada mu ya allah.

Sejak aku masuk matrik ni,  surau mula mulanya jarang nak pergi sebab rasa macam jauh sangat,  tapi bila kita ada kawan nak gi surau,  kita rasa semangat and rasa macam nak istiqamah pergi surau hari hari,  tapi sebenarnya susah jugak la sebab kadang kadang rasa malas tu datang and syaitan asyik bisik je yang cakap kalau kau pergi surau mesti hw kau tak siap. Tapi setelah saya dengar satu tazkirah ni,  hati aku rasa berubah.  Tak pelah kita gunakan masa untuk beribadah,  apa kita buat pasti dapat pahala.  Belajar pun satu ibadah jugak kan tapi bila kita pergi surau and solat berjemaah sama sama,  masa tu macam diberkati, otak jadi mudah nak faham and masa yang diberikan rasa dimanfaatkan sepenuhnya. 

Tapi aku takut keputusan peperiksaan aku tak memberangsangkan.  Sebab nasa tu aku rasa macam tak boleh jawab and aku sedar yang aku buat banyak sangat salah.  Ya allah.  Bantulah aku,  aku sememangnya tak nak pdt.  Aku betul betul nak berjaya dan bawak mama pergi haji.  Tadi aku tgok tv,  harga haji kekal 9980 . Aku harap sangat aku mampu bawak mama pergi haji.  Sekian sahaja coretan kelakar dari saya. 

Ulasan