Roti
Dulu ayah tak pernah lupa beli roti. Sebelum ayah balik kerja, mesti aku akan suruh ayah beli roti , maybe sebab tu aku gemuk kut, sebab banyak makan roti. Hehe. So conclusion roti makes me and dad happier. Menunggu kepulangan ayah di pintu rumah,buat chak chak kat ayah. Ini semua memori. Memori terindah tercipta dari ayah sendiri.
Bila aku berseorangan kat rumah, ayah tak pernah lupa nal call rumah, ayah risaukan lala rupanya, ayah risau anak ayah ni makan apa, mula mula aku rasa macam menyusahkan ayah, tapi lama lama aku paham, itu sayang rupanya, betapa ayah mahu jaga keselamatan aku. Terima kasih ayah.
Ayah bila dalam kereta, dialah jaguh, dia tak perlukan waze untuk mengetahui jalan, tapi sememangnya dia sudah expert dengan jalan area shah alam ini. Mungkin kerana faktor dia seorang kontraktor, dia mampu mengingati jalan yang pernah dibaikinya. Dulu kalau melalui tempat yang dia pernah kerjakan, dia pasti berbangga cakap, itu hasil kerjanya, sekarang ini aku masih samar samar ingatan di mana hasil kerjanya, tapi aku yakin apa yang ayah lakukan pastinya ada manfaat di sisi masyarakat. Walaupun nampak kecil tapi pasti bernilai. Aku nampak usaha ayah. Di akhir kehidupannya, ayah banyak berehat, mungkin projek sudah tidak banyak masuk, mungkin ayah dibebani hutang sehingga terpaksa menjualkan rumah sewa dan kereta yang disayangi. Tapi aku bangga kerana dia tidak meninggalkan hutang untuk kami. Dia membuat keputusan bijak. Ayah selesaikan semuanya dahulu. Dia tahu dia akan berehat panjang. Aku tidak tahu kesulitan ayah dalam hal kerjanya, tapi aku tahu dia menghadapi masa sukar dia sendiri. Dia letih. Dia penat menghadapi semuanya. Tak pe la ayah. Berehat lah. Sudah banyak ayah kecapi untuk kami sekeluarga. Semua harta yang diberikan ini aku sendiri belum sempat membalasnya. Aku terlalu bersyukur kerana tuhan berikan ayah sebagai pinjaman. Terima kasih ya allah. Terima kasih yang tak terhingga. Engkau tidak pernah memutuskan kasih sayang aku dari ayah.
Ketika kecik aku menjadi kebanggaan ayah , ayah selalu memuji aku, ayah memanjakan aku dan sering berikan apa yang aku inginkan. Aku tak tahu apa perasannya melayan karenah kanak kanak gedik seperti aku ini. Tapi ayah sanggup lakukan dengan rela dan senang hati. Terima kasih ayah. Ayah tak pernah kecewakan anaknya ini. Terima kasih atas segala percutian, makanan yang sedap, baju yang cantik, rumah yang lengkap yang ayah usahakan sendiri. Dengan keredaan allah, aku harap kita akan berjumpa di syurga.
Ulasan
Catat Ulasan