Ayah

Insan paling bermakna untuk diri ini
Siapalah kita tanpa ayah di dunia ini . Dia yang menjaga kita dari segala kejahatan dunia . Dia lah wira . Dia tahu saat kita berduka . Dia faham . Saat kita dimarahi emak , dia pujuk kita . Saat kita dimarahi ayah , kita terima dengan rela . Tiada lansung perasaan dendam dalam diri ini kerana dimarahi , kerana kita tahu maksud sebenarnya . Dia telah melalui tempoh sukar dari kita. Dia, suara pertama yang kedengaran di cuping telinga ini , suara dia yang membuka pintu untuk dunia baru . Dia corakkan kita semahunya .

Dia terlalu bijak merancang sehingga tidak menyangka apa yang tidak dirancang . Dia terlupa . Dia terlupa akan masa yang terlalu menceburui , mungkinkah dia lupa malaikat maut yang sentiasa melihat ? Tidak , aku tidak tahu itu , dia mungkin tahu masanya akan tiba tetapi tidak pernah sesaat pun menunjukkan tanda untuk pergi . Aku terlalu rindu akan dia . Dia  terlalu banyak memori bersama dia .
Memori aku tentang dia bermula kira kira empat tahun . Sel sel aku mula berkembang dan berjaya menyimpan memori saat saat dia ada bersama . Dia yang selalu gembirakan hati ini . Dia yang paling mengerti apa yang dinginkan anak perempuannya . Dia yang sering layani kerenah manja anak nya ini . Dia yang tidak pernah jemu melihat anaknya ini . Dia yang tidak pernah mengatakan buruk tentang anaknya . Tidak pernah berkata kata tidak baik kepada anaknya . Dia hanya ingin anak nya berjaya . Dia yang sentiasa mencuba memenuhi segala hasrat anaknya . Terlalu banyak dia di hati ini . Di dalam fikiran ini . Hanya dia  .

Ulasan