Sebab kena masuk mrsm

Hey there ! Yes anda kena masuk mrsm atas sebab sebab tertentu . Tapi tengoklah kat mana anda dapat . Kalau jauh dan menyusahkan . Pikir dua kali la ye

Okay first reason
1- MRSM menawarkan silibus pembelajaran yang berbeza dari sekolah harian .
Kadang kadang sekolah kementerian baru nak belajar tajuk tu , mrsm dah habis da . Memang laju ye . Sebab tu ramai budak yang cepat pick up je yang mampu stay kat mrsm . Kalau slow learner . Better sekolah biasa lagi bagus , sebab kan ada tuisyen lagi cepat faham ! Yeay  !  Well baguslah silibus mrsm  kalau masa form tu dia akan cuba habiskan semua silibus masa bulan enam or tujuh camtu . Bulan 5 pun ada subjek yang dah habis da . The reason why buat cam tu , sebab nanti banyak la masa nak buat revision topik form 4 and boleh buat banyak soklan2 spm .

2- fasiliti yang tip top
Asrama memang cantik la sekarang , sebab dah 5s . Dulu , haih . Untunglah budak baru nak masuk . Lagi lagi mrsm baru , memang maju la infrastruktur tu . Kalau mrsm saya tu dah hampir 16 tahun dah , tapi still semua equipment terjaga dengan rapi . Kalau ada alat rosak ke , orang bengkel akan cepat cepat beli or betulkan . Ada juga mrsm yang ada swimming pool , tu memang tersangat best la . Kalau mrsm saya , ada tempat main kereta control (ni pun bukan semua mrsm ada ) , ada tempat memanah , tennis court yang sangat selesa, sickbay yang comfort, dewan selera yang luas dan mudah untuk mengambil makanan , surau yang dilengkapi pendingin hawa, padang yang luas dan bebas bermain apa sahaja , dewan besar yang sesuai digunakan untuk semua jenis acara (exam boleh , graduasi boleh , dinner boleh , tempat kenduri pun boleh  ) . Senang cerita memang semua kemudahan ni khas dibina untuk kemudahan para pelajar mrsm . Memang best la sebab ada peluang merasa semua benda ni . Gym pun ada tau . Kemudahan wifi juga sedang dinaiktaraf .okay sangat la tu . So memang x rugi la masuk mrsm

3- budaya pelajar cemerlang diamalkan
Kat mrsm ni pelajar akan belajar banyak sangat budaya baru . Budaya yang akan membantu pelajar menjadi para pelajar yang berkualiti dan menjamin kecemerlangan . As example like budaya hormat guru - okay nampak macam biasa ,tapi sangat kuat budaya hormat guru kat sini . Jumpa cikgu tunduk , bagi salam , senyum , tanya cikgu nak tolong x ? X pernah jalan depan cikgu , biar cikgu jalan dulu . Selalu jaga hati cikgu , takut nak buat salah , selalu suruh cikgu buat kelas tambahan , sentiasa siapkan hw cikgu walaupun cikgu x mintak , x pernah nak kutuk kutuk cikgu ke apa ke . Sebab dah dididik restu cikgu tu penting sangat dalam menuntut ilmu . So , memang kena hormat cikgu . Then , budaya senior junior memang dah lama dihapuskan. (Ni maktab saya la , tapi saya rasa semua maktab macam ni ) xde dah budaya buli  ni , suruh iron junior iron baju la , kemas katil la , buat maggi la , da semua ni dah x de da . Semua peringkat umur dilayan sama rata . Sapa buat salah kena marah . Xde pangkat senior da . Just hormat panggil kakak and abang tu ade la . Junior bagi salam kat senior tu ada lah jugak . Ye la dok satu bumbung kan . Rasa macam family sangat . Budaya solat berjemaah juga sangat diterapkan . Kau nak fly solat jemaah kat maktab ni ( ni cerita based on my school ) kau dipandang serong di mata satu maktab . Fly solat jemaah kat surau , ustaz cari sampai lubang cacing . Haha . Lepastu budaya menutup aurat secara sempurna dan budaya pakaian yang kemas amat dititikberatkan . Perempuan kena pakai handsock , skinsock , inner or singlet , kain dalam wajib . Ini semua untuk memartabatkan kaum wanita ! Haha .lelaki pulak nak tuck out memang susah la . Balik sekolah and main petang baru boleh. Malam malam pakai baju melayu pergi prep . Awesome kan . Suka tau tengok . Banyak lagi senanya budaya yang positif yang diamalkan , tapi banyak sangat tok ditulis .

4- warga maktab yang sangat friendly .
Suka sangat orang orang kat sana . Staff , cikgu semua friendly . Mak cik ds baik , mak cik cleaner peramah . Pak cik guard and mak cik guard pun kind hearted. Haa kiranya rasa macam secure sangat . Rasa cam okay la dok sana . Rasa comfort . Tapi x tahulah mrsm lain cam na warga dia . Tapi mesti okay punyalah . So should be okay if anyone pun masuk mrsm. Asalkan social skills dia tip top haha. Otak dah  pandai , perangai pun kena berotak la .Yeah . Serious , kalau ada link and hubungan yang baik dengan semua warga maktab , u will be popular beb , seriously . Orang yang baik pasti akan jadi buah mulut orang , sama gak dengan orang jahat . So choose wisely what do you want to be when you at boarding school . Bagi aku , jadi budak baik , budak yang ikut semua peraturan memang bagus , tapi aku suka jadi lebih baik and suka involve benda benda penting dalam maktab . Kiranya i want people to know me in good way . Ni tak tahulah pengaruh mana jadi capab ni.

5- pegangan agama sangat dititikberatkan.
Perempuan diajar pakai skinsock semua , semua lah yang patut ditutup , ditutup  . Memang boleh berubah lah kalau dulu freehair , lepas masuk mrsm je terus pakai tudung . Sebab dah terbiasa kan  and lama lama perasaan malu pun akan muncul . Kalau maktab aku , tiap tiap minggu ada qiam , usrah , tayangan video agama . Semua ini usaha untuk kita kuatkan iman . Tapi kalau kita yang terbuka hati nak buat macam mana kan . Sini solat puasa semua terjaga . Ikut orang tu la nak ponteng ke tak , tapi major dah besar and senang nak diurus. So , insya allah masuk mrsm , iman menjadi bertambah utuh . Akhlak menjadi sebaik baik akhlak . Sahsiah sangatlah terpuji . Tapi kena pilih kawan yang baik baik la ye.

Banyak lagi sebab sebenarnya kenapa kena masuk mrsm . Serious jadi pelajar mara lain rasanya . Kita ada inter mrsm , ada prog yang berlainan dari sekolah lain and macam macam lagi . Lihatlah betapa banyak sumbangan pelajar bekas mara terhadap negara kita . So lets choose to be mara learner . Be smart and cool kids . Ingat allah .  Ingat mak ayah , adik beradik , cikgu and kawan kawan kita . Please choose the best for your life .

Ulasan