My update birthday





17 april malam . Baru aku mintak birthday cake kat mama . Mula aku rasa tak payah . Sebab nanti sapa je nak makan . Tapi memang common kan birthday je mesti ada kek . So aku mintak lah .

Esoknya , mama pulang bawa kek . Girangnya hati ini . Yeaaah .

Saat makan kek , aku suruh mama nyanyi . Rasa hiba sangat
Aku kini akan mendengar hanya satu sahaja suara menyanyikan lagu untukku . Dahulu dua . Sekarang satu saja . Aku betul betul rasa nak nangis . Tapi aku takkan pernag nak nangis depan mama . Aku nak nampak kuat . Nak nampak cool depan mama . So aku just makan kek macam biasa . Tapi dalam hati ni rasa sebak sangat .

Aku nak sangat kek tu ayah yang belikan  . Ayah nyanyikan lagu untuk saya . Nak sangat ayah suapkan kek ni .

After four years duduk asrama je , ni barulah ada kesempatan on the day , aku dapat sambut kat rumah  . And hari ni lah aku tunggu dari last year untuk aku nak sambut besar besaran dengan family aku . Tapi bila ayah takde . Aku rasa perlu ke buat semua tu . Macam everything yang aku nak buat , rasa macam kosong sangat . Rasa macam tak de erti lagi . I mean , macam tak payah la nak celebrate sangat sebab , dia pun x de kat sini nak celebrate bersamaa kan .

Tapi aku still bersyukur , sebab Allah tak tarik lagi nikmat aku . Allah berikan aku mama . Mama yang always there for me . Menjadi tanggungjawab aku untuk jaga mama , bahagiakan mama . Aku tak nak lansung menyusahkan mama . Aku nak tengok mama happy je . Aku nak bawak mama ke syurga . Ye . Ya allah bantulah aku .

Aku akan kerja , so mama tak de rasa beban . Aku nak mama hidup dengan aman . Aku nak mama pergi haji . Aku nak upah haji untuk ayah . Nak wakaf everything for him. Aku nak dua orang yang banyak berjasa kat aku ni bahagia sampai bila bila . Sampai syurga ye .

Ulasan