Saya nak jadi menteri wanita

Kalau aku jadi menteri wanita ,

Ye aku ada angan angan ini ,

Aku nak jaga kebajikan semuaa wanita .
Aku akan buat satu shopping mall khas untuk wanita .
Dan setiap jumaat akan diadakan usrah / halaqah di situ
Aku akan menggalakkan wanita menutup aurat .
Aku akan sedekahkan baju yang aku kepada yang tidak berkemampuan .
Aku akan cuba buat kolam renang wanita yang terbesar . Selesa sikit wanita nak mandi . Jakuzi pun ada
Aku nak buat gym untuk wanita di setiap negeri .

Aku akan bagi pad percuma kepada semua murid sekolah menengah , dan membuat kempen save your dara  . Protect yourself
Aku akan letak tong pad setiap bangunan and ada tempat pelupusan khas .

Aku akan buat kelas silat khas untuk wanita . X nak ada wanita jadi mangsa . Aku nak buat kelas jahit percuma . Supaya semua ibu boleh jahit untuk anak dia . Macam roadtrip la . Kelas masak pun aku akan buat 
Kelas ngaji wanita aku nak perbesarkan
Aku nak wakaf telekung kat semua surau di malaysia  . Ye telekung rnr, tu semuaa aku nak bagi baru and setiap seminggu ke dua kena cuci .
Kelas makeup ? Nak buat ke ? Aku x reti makeup sangat and aku x nak semua wanita ni tabarruj so , aku akan just bagi lip balm percuma and bedak kompek yang percuma . Simple kan . X de lah susah nanti nak ambik wudhuk.

Haha lagi satu baru ingat , nak bagi catchmop kat setiap wanita . Senang lah nak cuci rumah

Tapi bila pikir balik mana aku nak dapat duit kann . Haha nanti la pikir

Kalau boleh aku nak bahagiakan setiap wanita .
Nak tengok wanita memperoleh kebahagiaan .
Kadang kadang wanita juga mahu dihargai . Bukan setakat orang kaya je yang ada dinner , kalau boleh aku nak seluruh wanita diraikan dalam satu majlis yang gilang gemilang .
Macam maraton tu best gak . I just need one day untuk satukan semua wanita di malaysia . Yeay

Haih semoga harapan saya menjadi menteri wanita ini takkan terhapus . Saya memang berazam untuk memberi satu kehidupan yang lebih baik kepada  seluruh wanitaa di luar sana . Aminn . Dengan usia baru nak cecah lapan belas ni . Boleh ke nak jadi menteri wanita . Haih lamaa lagi agaknyaa

Ulasan